Cepatnya masa berlalu..
Memang tak terasa putaran bumi ini, tapi setiap hari matahari akan terbit dan kemudiannya akan terbenam semula.. Dari situlah kita tahu bumi sedang berputar selama 24 jam sehari dan mengambil waktu mengeliling matahari selama 12 bulan dalam setahun.
Terlalu banyak kisah hidup yang telah kita lalui... Tak kira suka atau duka, menghadapinya sendiri atau dengan dorongan seseorang, ada kalanya sedih dan gembira,tetapi itulah namanya liku kehidupan. TABAH adalah kekuatan kita untuk meneruskan kehidupan kita..
Sekiranya tiada masalah dalam kehidupan kan seronok... Tapi "hidup tanpa masalah" itu dinamakan bukan manusia... semua manusia ada masalah... Sebaik mana perkara kita lakukan pasti ada kesilapannya, samaada yang perkara yang kita sedari atau juga disebaliknya..
Eloklah kita mencari jalan penyelesaian dengan cara yang baik, segala masalah kita lupakan dan bergembiralah di setiap hari dan nikmatilah anugerah kehidupan yang terindah ini, jangan sama sekali sia-siakan hidup ini kerana mungkin tidak akan ada lagi peluang kedua atas nikmat ini, "syukurilah apa yang ada".



Tiada ulasan:
Catat Ulasan